Sunday, January 22, 2012

Ikan Masak Ampap...masakan kampung bah

Assalamulaikum dan sejahtera semua.....

Ikan masak ampap, erm...mcmn pulak tu? Haa...ni adalah masakan kampung. Orang Sabah kata masak ampap bah. Mudah jak masak ni. Sedap masakan ni klu kena dengan ikan fresh, ikan kecik2. Kat Sabah ni dipanggil ikan 'basung'. Manis rasanya, kecur air liur dibuatnya. Mcmn lak rupanya ikan masak ampam ya...meh tgk gambarnya lak....



Masaknya simple jer, tak perlu remeh2 sediakan bahan. Hanya siang ikan dan bersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk, letakkan air tp x perlu banyak hanya sikit sahaja asal air sama rata dengan ikan. Lepas tu letak beberapa asam keping, serbuk kunyit atau boleh gak guna kunyit hidup yg dilumat, garam dan juga serbuk perasa secukupnya.Tak lupa juga letak beberapa daun kunyit. Daun kunyit ni berfungsi memberi aroma wangi kunyit. Dah tu, rebus dan masak lah ikan tersebut. Klu nak pedas leh letak cili padi dan letak sedikit minyak masak. Dan.... Rebus lah ikan tersebut hingga masak. Mudahkan penyediaan dan memasaknya??...Erm, jika teringin merasanya apa kata cuba lah resepi ni. Tak rugi tau, pasti sedap punya bah... Sedap makan dengan nasi putih dan lagi sedap makan dengan ambuyat. Ambuyat?? Apa tu? Pasti ada yang tertanya2 kn. Ambuyat ni adalah sagu... Makanan tradisional orang Sabah. Insyaallah, ada kesempatan nanti kita cita apa tu ambuyat.....selamat bersua kembali dan selamat bercuti semua.

happy cooking and enjoy your food......

No comments:

Post a Comment