Tuesday, January 24, 2012

Warna-warni....Nasi Hujan Panas Ku

Hujan panas, sesudah itu muncul lah pelangi. Dan hari ini pelangiku tanpa kata-kata........








Ayam Masak Halia

Assalamulaikum dan sejahtera semua…

Apa khabar semua?... Maklum la dlm suasana bercuti lagi kn. Kali ni entry nak share pasal resepi ‘ayam masak halia’. Resepi ni mudah dan sesuai pada yg tak suka pedas dan yang pasti kanak2 leh makan tanpa komplen pedas. Silap2 leh jadi menu kesukaan anak2 kan.. Bahan2nya pun mudah dan pasti sentiasa ada stok kat dapur rumah kita. Jom kita tgk resepinya, mana tau dah tgk2 dan terasa nak cuba lak kan….

Bahan2nya:

300-400gm isi ayam

4 ulas bawang putih *dimayang halus

5 ulas bawang *dimayang halus

3 inci halia *dimayang halus

1 sudu kecil biji lada hitam *ditumbuk tapi jgn lupa, asal terasa kuar bau masa masak nanti

3 sudu sos tiram

2 sudu kecil pati ayam *aku guna jenama tumix

Garam secukupnya

Sedikit serbuk perasa

Sedikit minyak untuk menumis

Sedikit air

Sedikit tepung jagung *optional, aku letak sebab nak kuah pekat

Cili padi *optional

Sedikit daun bawang *optional

Cara2nya:

1. Bersihkan isi ayam kemudian toskan.

2. Panaskan minyak dan kemudiannya tumis bawang putih dan merah yang dimayang tadi sehingga naik bau.

3. Lepas tu masukkan hali dan biji lada hitam. Dah naik bau letakkan sos tiram dan juga pati ayam diikuti isi ayam.

4. Gaul mesra dan letak garam dan serbuk perasa secukupnya.

5. Biarkan ayam mereneh dan jangan lupa letakkan air. Ni kalau nak lebih kuar boleh letak lebih sikit.

6. Dah ayam tadi mendidih, boleh lah letak bancuhan tepung jagung. Ni bertujuan untuk memekatkan kuah tadi. Juga masukkan cili padi. Biarkan mendidih sekali lagi setelah itu boleh lah tutup api. Pada yang suka boleh juga letakkan daun bawang. Supaya Nampak cantik dan berseri sebab colouring sikit.

7. Dah siap dan hidangkan lah…



Hah…ni lah rupa ayam masak halia hasil air tanganku. Tak rugi cuba resepi ni, sedap makan dengan nasi putih panas. Pada sape yang teringin tu, leh lah masak. Selamat mencuba ya……

Happy cooking and enjoy your food……

Monday, January 23, 2012

Bubur Kacang Durian.... Senang, lemak dan Sedap Bah

Assalamulaikum dan sejahtera semua....

Wah...hari ni rajin lak aku. Kebetulan lak cuti, ada masa lah duduk dpn lappy ni. Erm...kat Sabah ni dilanda musim durian. Sana-sini jual durian. Nak jadikan cerita, Rabu lepas nenek dari kampung bagi durian. Sedap sgh rasa duriannya, lemak dan manis sangat... Sebelum ni beli kat pasar, kadang2 dpt yang elok dan ada kalanya tak elok...Tapi apa nak buat dah terbeli mana tak elok tu tak leh buat ape la,huhuhu.....

So, Khamis lepas mak kata dia teringin nak makan bubur kacang durian. Apa lagi mami pun rendam kacang hijau pagi tu. Katanya nak kembangkan kacang tu supaya senang masak nanti. Petangnya lak, mamo beroperasi kopek kelapa dan parut sekali. Aku lak hanya bantu mami rendamkan biji sagu bagi kembang. Lainnya mami yang buat, buka durian, kupas isi durian , perah santan, hehehe..... Then,proses masak mami yang buat sepenuhnya.... petang hingga ke malam puas kami sekeluarga makan bubur kacang durian. Kebetulan lak sepupu dari KK datang, makan sekali la... Meh tgk bubur kacang durian ni posing2 lak....





Senang jak nak masak bubur kacang durian ni...pastinya semua pun boleh buat ni. Basic jak kan...rasanya budak sekolah pun leh buat lah. Kelebihannya lak banyak, selain mudah disiapkan, ianya lemak dan manis. Sedap jer telan masuk ke anak tekak gitu. Tapi awas, tak leh lah makan selalu. kesihatan kena jaga gak. Ermmm...rasanya ok gak,bukannya selalu kan kan kan, pulak durian ni pun bermusim. So, tgh musim ni la leh kita merasa, btl tak??? He he he..... Jom tgk resepinya lak. Alah, tak lah rumit simple dan sesimplenya bah... Wah, campur2 dah bahasa ni. Ndapa bah, kita kn 1 Malaysia...

Bahan2:

300gm kacang hijau

3 biji durian *(ni ikut selera masing2, klu nak rasa durian lebih letak byk,tp nak letak sikit pn bole gak. Xde hal punya)

100gm biji sagu

1 biji kelapa (amik santannya)

Gula secukup rasa


Cara2:

  1. Rendam kacang hijau selama 2-3 jam atau hingga kembang
  2. Parut kelapa dan amik santannya
  3. Rendam biji sagu dalam masa lebih kurang sejam
  4. Setelah kacang hijau dah kembang, masak lah kacang tadi hingga mendidih kemudian masukkan santan
  5. Agak dah nak mendidih santan tu leh lah masukkan biji sagu, isi durian dan gula secukup rasa
  6. Bila dah mendidih dan kuahnya agak pekat, maknanya dah masak lah tu
  7. Ok, siap dan hidangkan...

Fuhh...sedapnya dan lemak berkrim bah. So,boleh lah try menu ni sempena musim durian.

happy cooking dan enjoy your food.............

Nasi Lemak.. Versi MamiKu

Assalamulaikum dan sejahtera semua.....

Nasi lemak?... Erm,lama dah tak makan nasi lemak ni. Sabtu lepas teringin lak nak makan. Apa lagi, request la dengan mami, he he... Hari tu memang bernasib baik, mami nak buatkan. Sukanya hati, apa lagi malam tu kami makan ramai2. adik-beradik dan sepupu2 datang makan sama. Tapi mami kata simple jak masak ni, alah nasi lemak biasa or basic jak. Basic? Biasalah, nasinya, goreng bilis, hirisan timun, sambal dan juga telur. Malam tu ada gak lauk Ayam Masak Halia dan Sayur Nangka Masak Lemak. Wah, sedap2 sumenya... family semua berselera nampaknya. Al-maklum lah,makan ramai2 ni bertambah2 lah selera kan kan.... Apa pun, sempat gak nasi lemak versi mamiku berposing2. Jom, kita cuci2 mata jamu tgk nasi lemaknya.....



Tu dia nasi lemak versi mamiku...tercapai juga hajat akhirnya, alhamdulillah.. Wah,asyik makan2 jak ni,hehehe.. Apa pun, kena ceria juga dan senang hati bah.

happy cooking and enjoy your food........

Sunday, January 22, 2012

Ikan Masak Ampap...masakan kampung bah

Assalamulaikum dan sejahtera semua.....

Ikan masak ampap, erm...mcmn pulak tu? Haa...ni adalah masakan kampung. Orang Sabah kata masak ampap bah. Mudah jak masak ni. Sedap masakan ni klu kena dengan ikan fresh, ikan kecik2. Kat Sabah ni dipanggil ikan 'basung'. Manis rasanya, kecur air liur dibuatnya. Mcmn lak rupanya ikan masak ampam ya...meh tgk gambarnya lak....



Masaknya simple jer, tak perlu remeh2 sediakan bahan. Hanya siang ikan dan bersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk, letakkan air tp x perlu banyak hanya sikit sahaja asal air sama rata dengan ikan. Lepas tu letak beberapa asam keping, serbuk kunyit atau boleh gak guna kunyit hidup yg dilumat, garam dan juga serbuk perasa secukupnya.Tak lupa juga letak beberapa daun kunyit. Daun kunyit ni berfungsi memberi aroma wangi kunyit. Dah tu, rebus dan masak lah ikan tersebut. Klu nak pedas leh letak cili padi dan letak sedikit minyak masak. Dan.... Rebus lah ikan tersebut hingga masak. Mudahkan penyediaan dan memasaknya??...Erm, jika teringin merasanya apa kata cuba lah resepi ni. Tak rugi tau, pasti sedap punya bah... Sedap makan dengan nasi putih dan lagi sedap makan dengan ambuyat. Ambuyat?? Apa tu? Pasti ada yang tertanya2 kn. Ambuyat ni adalah sagu... Makanan tradisional orang Sabah. Insyaallah, ada kesempatan nanti kita cita apa tu ambuyat.....selamat bersua kembali dan selamat bercuti semua.

happy cooking and enjoy your food......

Tat Kismis..............



Assalamulaikum dan sejahtera semua...

Bertemu semula setelah sekian lama tak bersua diruangan ni. Apa kbr? Harap hari ni kita semua dlm keadaan ceria dan menikmati suasana santai bercuti... Byk gak dah masak2 dan baking2 ni, cuma tu lah xde masa nak update dan share resepi kat sini. kebetulan lak memang busy dan ditambah lagi dgn menularnya virus malas yg amat sgt, kena lah.... he he

Kali ni, jom kita tgk resepi tat kismis ni. Hari tu, aku belek2 majalah 'Seri Dewi & Keluarga'. Tgk2 lah dlm ruangan resepi. Tgk punya tgk, teringin lak nak try tat kurma tu. Apa lagi petang tu turun lah ke dapur untuk check bahan2..rasanya ada ni. Bila tgk2 ada semua kecuali buah kurma. Nak pegi beli kurma rasa malas lak.. Fikir2 sat dan berkata2 pada diri, rasanya klu ubah pada kismis ni ok juga kot. Dah tu jer yang ada. So, keputusan muktamad kurma tukar pada kismis. Tu yang jadinya tat kismis... Jadi lak tat kismis ku mcm gambar kat sebelah ni, hehehe....

Jom kita tgk resepinya lak....

Bahan untuk kulit:

250 gm mentega
450 gm tepung gandum
200 gm gula aising
sedikit perasa vanila
1 butir telur

Cara membuatnya:
  • Campurkan semua bahan-bahan dan uli sehingga menjadi doh.
  • Terapkan doh dalam acuan tat.
  • Letakkan buah kismis ke dalam acuan.
  • Tuangkan sos ke dalamnya dan bakar hingga masak.
  • Sapukan telur di atasnya kemudian keluarkan daripada acuan dan hidangkan.
Bahan untuk sos tat:

2 biji telur
4 biji telur kuning
50 gm gula aising
sedikit perasa vanila
300 ml susu cair
100gm kismis

Cara membuatnya:

Pukul telur, kuning telur, gula aising, susu cair dan perasa vanila hingga sebati.

Alhamdulillah...percubaan pertama ku menjadi juga. Apa lagi, minum petang hari tu dengan tat kismis. Family semua suka. Untuk membuatnya pun tak lah susah sgt. So, kawan2 semua leh juga cuba. Lagi pun leh juga ubah resepinya mengikut citarasa masing2, yang penting kreatif. Apa pn, basic untuk kulit dipatuhi,btl tak?....

Selamat mencuba...and happy cooking 2 u all