Tuesday, January 24, 2012
Ayam Masak Halia
Assalamulaikum dan sejahtera semua…
Apa khabar semua?... Maklum la dlm suasana bercuti lagi kn. Kali ni entry nak share pasal resepi ‘ayam masak halia’. Resepi ni mudah dan sesuai pada yg tak suka pedas dan yang pasti kanak2 leh makan tanpa komplen pedas. Silap2 leh jadi menu kesukaan anak2 kan.. Bahan2nya pun mudah dan pasti sentiasa ada stok kat dapur rumah kita. Jom kita tgk resepinya, mana tau dah tgk2 dan terasa nak cuba lak kan….
Bahan2nya:
300-400gm isi ayam
4 ulas bawang putih *dimayang halus
5 ulas bawang *dimayang halus
3 inci halia *dimayang halus
1 sudu kecil biji lada hitam *ditumbuk tapi jgn lupa, asal terasa kuar bau masa masak nanti
3 sudu sos tiram
2 sudu kecil pati ayam *aku guna jenama tumix
Garam secukupnya
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Sedikit tepung jagung *optional, aku letak sebab nak kuah pekat
Cili padi *optional
Sedikit daun bawang *optional
Cara2nya:
1. Bersihkan isi ayam kemudian toskan.
2. Panaskan minyak dan kemudiannya tumis bawang putih dan merah yang dimayang tadi sehingga naik bau.
3. Lepas tu masukkan hali dan biji lada hitam. Dah naik bau letakkan sos tiram dan juga pati ayam diikuti isi ayam.
4. Gaul mesra dan letak garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Biarkan ayam mereneh dan jangan lupa letakkan air. Ni kalau nak lebih kuar boleh letak lebih sikit.
6. Dah ayam tadi mendidih, boleh lah letak bancuhan tepung jagung. Ni bertujuan untuk memekatkan kuah tadi. Juga masukkan cili padi. Biarkan mendidih sekali lagi setelah itu boleh lah tutup api. Pada yang suka boleh juga letakkan daun bawang. Supaya Nampak cantik dan berseri sebab colouring sikit.
7. Dah siap dan hidangkan lah…

Hah…ni lah rupa ayam masak halia hasil air tanganku. Tak rugi cuba resepi ni, sedap makan dengan nasi putih panas. Pada sape yang teringin tu, leh lah masak. Selamat mencuba ya……
Happy cooking and enjoy your food……
Monday, January 23, 2012
Bubur Kacang Durian.... Senang, lemak dan Sedap Bah
Assalamulaikum dan sejahtera semua....
Wah...hari ni rajin lak aku. Kebetulan lak cuti, ada masa lah duduk dpn lappy ni. Erm...kat Sabah ni dilanda musim durian. Sana-sini jual durian. Nak jadikan cerita, Rabu lepas nenek dari kampung bagi durian. Sedap sgh rasa duriannya, lemak dan manis sangat... Sebelum ni beli kat pasar, kadang2 dpt yang elok dan ada kalanya tak elok...Tapi apa nak buat dah terbeli mana tak elok tu tak leh buat ape la,huhuhu.....
So, Khamis lepas mak kata dia teringin nak makan bubur kacang durian. Apa lagi mami pun rendam kacang hijau pagi tu. Katanya nak kembangkan kacang tu supaya senang masak nanti. Petangnya lak, mamo beroperasi kopek kelapa dan parut sekali. Aku lak hanya bantu mami rendamkan biji sagu bagi kembang. Lainnya mami yang buat, buka durian, kupas isi durian , perah santan, hehehe..... Then,proses masak mami yang buat sepenuhnya.... petang hingga ke malam puas kami sekeluarga makan bubur kacang durian. Kebetulan lak sepupu dari KK datang, makan sekali la... Meh tgk bubur kacang durian ni posing2 lak....



Senang jak nak masak bubur kacang durian ni...pastinya semua pun boleh buat ni. Basic jak kan...rasanya budak sekolah pun leh buat lah. Kelebihannya lak banyak, selain mudah disiapkan, ianya lemak dan manis. Sedap jer telan masuk ke anak tekak gitu. Tapi awas, tak leh lah makan selalu. kesihatan kena jaga gak. Ermmm...rasanya ok gak,bukannya selalu kan kan kan, pulak durian ni pun bermusim. So, tgh musim ni la leh kita merasa, btl tak??? He he he..... Jom tgk resepinya lak. Alah, tak lah rumit simple dan sesimplenya bah... Wah, campur2 dah bahasa ni. Ndapa bah, kita kn 1 Malaysia...
Bahan2:
300gm kacang hijau
Cara2:
- Rendam kacang hijau selama 2-3 jam atau hingga kembang
- Parut kelapa dan amik santannya
- Rendam biji sagu dalam masa lebih kurang sejam
- Setelah kacang hijau dah kembang, masak lah kacang tadi hingga mendidih kemudian masukkan santan
- Agak dah nak mendidih santan tu leh lah masukkan biji sagu, isi durian dan gula secukup rasa
- Bila dah mendidih dan kuahnya agak pekat, maknanya dah masak lah tu
- Ok, siap dan hidangkan...
Fuhh...sedapnya dan lemak berkrim bah. So,boleh lah try menu ni sempena musim durian.
happy cooking dan enjoy your food.............
Nasi Lemak.. Versi MamiKu

Tu dia nasi lemak versi mamiku...tercapai juga hajat akhirnya, alhamdulillah.. Wah,asyik makan2 jak ni,hehehe.. Apa pun, kena ceria juga dan senang hati bah.
Sunday, January 22, 2012
Ikan Masak Ampap...masakan kampung bah

Tat Kismis..............

- Campurkan semua bahan-bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Terapkan doh dalam acuan tat.
- Letakkan buah kismis ke dalam acuan.
- Tuangkan sos ke dalamnya dan bakar hingga masak.
- Sapukan telur di atasnya kemudian keluarkan daripada acuan dan hidangkan.
