Assalamulaikum dan sejahtera semua....
Wah...hari ni rajin lak aku. Kebetulan lak cuti, ada masa lah duduk dpn lappy ni. Erm...kat Sabah ni dilanda musim durian. Sana-sini jual durian. Nak jadikan cerita, Rabu lepas nenek dari kampung bagi durian. Sedap sgh rasa duriannya, lemak dan manis sangat... Sebelum ni beli kat pasar, kadang2 dpt yang elok dan ada kalanya tak elok...Tapi apa nak buat dah terbeli mana tak elok tu tak leh buat ape la,huhuhu.....
So, Khamis lepas mak kata dia teringin nak makan bubur kacang durian. Apa lagi mami pun rendam kacang hijau pagi tu. Katanya nak kembangkan kacang tu supaya senang masak nanti. Petangnya lak, mamo beroperasi kopek kelapa dan parut sekali. Aku lak hanya bantu mami rendamkan biji sagu bagi kembang. Lainnya mami yang buat, buka durian, kupas isi durian , perah santan, hehehe..... Then,proses masak mami yang buat sepenuhnya.... petang hingga ke malam puas kami sekeluarga makan bubur kacang durian. Kebetulan lak sepupu dari KK datang, makan sekali la... Meh tgk bubur kacang durian ni posing2 lak....



Senang jak nak masak bubur kacang durian ni...pastinya semua pun boleh buat ni. Basic jak kan...rasanya budak sekolah pun leh buat lah. Kelebihannya lak banyak, selain mudah disiapkan, ianya lemak dan manis. Sedap jer telan masuk ke anak tekak gitu. Tapi awas, tak leh lah makan selalu. kesihatan kena jaga gak. Ermmm...rasanya ok gak,bukannya selalu kan kan kan, pulak durian ni pun bermusim. So, tgh musim ni la leh kita merasa, btl tak??? He he he..... Jom tgk resepinya lak. Alah, tak lah rumit simple dan sesimplenya bah... Wah, campur2 dah bahasa ni. Ndapa bah, kita kn 1 Malaysia...
Bahan2:
300gm kacang hijau
Cara2:
- Rendam kacang hijau selama 2-3 jam atau hingga kembang
- Parut kelapa dan amik santannya
- Rendam biji sagu dalam masa lebih kurang sejam
- Setelah kacang hijau dah kembang, masak lah kacang tadi hingga mendidih kemudian masukkan santan
- Agak dah nak mendidih santan tu leh lah masukkan biji sagu, isi durian dan gula secukup rasa
- Bila dah mendidih dan kuahnya agak pekat, maknanya dah masak lah tu
- Ok, siap dan hidangkan...
Fuhh...sedapnya dan lemak berkrim bah. So,boleh lah try menu ni sempena musim durian.
happy cooking dan enjoy your food.............
No comments:
Post a Comment